Tugas Part Time
Namaku Zara. Seorang janda anak dua. Berusia 50 tahun. Anakku dah besar berusia 25 tahun dan 20 tahun. Aku tinggal di rumahku dengan anak lelaki yang bongsu. Manakala anak sulung, perempuan sudah berumah tangga bekerja di Kuala Lumpur. Aku sudah lima tahun menjanda. Suaminya nikah lain lima tahun lalu. Aku tidak mahu dimadu maka aku minta cerai. Sejak bercerai, aku mula bekerja sesudah sekian lama menjadi suri rumah. Oleh kerana aku bersekolah setakat darjah enam, maka aku bekerja sebagai cleaner. Aku tak kesah kerja apa asalkan kerja yang halal untuk menampung hidupku dua beranak. Anak bongsuku sudah bekerja jadi gaji RM900 sebagai cleaner hanya untukku seorang. bekas suamiku yang kini duduk di Kuala Lumpur sentiasa beri duit kepada anak-anakku walaupun lima tahun mereka tidak duduk bersama ayah mereka. Aku sudah setahun bekerja sebagai cleaner di sebuah bank di pekan ini. Kerjaku agak relaks di mana aku bekerja dari jam 8 pagi hingga 10 pagi. Selepas itu sambung di sebelah petang ...